Private Eye at Work- Baekk Punya Sapu Losyen !!!

Baek Punya Sapu Losyen
Baek Punya Sapu Losyen

Datin Sri Angie (bukan nama sebenar) adalah seorang suri rumah sepenuh masa yang mempunyai 4 orang cahaya mata hasil daripada 32 tahun perkahwinan dengan Dato’ Sri Timmy Thomas (bukan nama sebenar)  . Keempat-empat anak beliau telah pun dewasa di mana 3 daripadanya telah pun berkahwin dan mempunyai anak masing-masing manakala anak bongsu beliau baru sahaja tamat pengajian di kolej swasta terkenal di ibu negara.

Pada mulanya kehidupan Datin Sri Angie sangat bahagia bersama keluarga, tambahan pula suami beliau Dato Sri Timmy Thomas merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab serta penyayang terhadap keluarga dan cucu-cucu nya. Sehinggalah pada suatu hari rakan kelas yoga beliau, Puan Sri Tina Turner (bukan nama sebenar) memberitahu Datin Sri Angie bahawa beliau ada terserempak dengan Dato Sri Timmy Thomas sedang makan tengahari bersama seorang gadis muda umur sekitar awal 20 an di sebuah restoran terkenal di hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Mendengarkan maklumat Puan Sri Tina Turner, Datin Sri Angie merasa amat terkejut tambahan pula Puan Sri Tina Turner juga ada memberitahu bahawa dalam kejadian itu, suaminya seolah-olah sedang menyarungkan seutas rantai ke leher gadis tersebut dan mereka kelihatan sungguh mesra seperti sepasang kekasih.

Bingung dengan apa yang didengari beliau, Datin Sri Angie berada dalam dilema, siapakah yang beliau harus percayai? Suaminya atau Puan Sri Tina Turner, rakan baik beliau selama puluhan tahun. Lantas, Datin Sri Angie yang pernah bertugas sebagai Pengurus di sebuah syarikat MNC terkemuka dunia, beliau segera menghubungi agensi penyiasat persendirian yang berpusat di ibu kota.

Setelah lebih kurang 2 minggu mengupah penyiasat persendirian, alangkah terkejutnya Datin Sri Angie apabila mengetahui bahawa suami beliau memang menjalin hubungan sulit bersama seorang gadis yg bekerja di sebuah syarikat yang mempunyai kaitan perniagaan dengan syarikat kepunyaan suami beliau. Tambah mengejutkan bahawa suaminya turut membawa kekasih gelapnya bercuti ke sebuah pulau terkenal di Malaysia Timur atas alasan menjalani aktiviti scuba diving bersama rakan perniagaan dan rakan  universiti beliau yang sememangnya di kenali oleh Datin Sri Angie.

Hancur luluh hati Datin Sri Angie apabila di tunjukkan bukti bergambar yang dapat di ambil oleh penyiasat persendirian yang di upah oleh beliau. Dalam gambar-gambar tersebut,  dipaparkan gambar-gambar suaminya yang berpelukan mesra bersama gadis muda itu yang hanya cuma berbikini semasa mereka sedang berehat bersama di pantai selepas aktiviti menyelam dan island hopping. Hati Datin Sri Angie bertambah remuk apabila mendapati bahawa sepanjang percutian itu, suaminya menginap di bilik yang sama dengan gadis tersebut.

Setelah memperolehi bukti dan selepas mendapat maklumat lengkap gadis yang mempunyai hubungan sulit bersama suami beliau, Datin Sri Angie mengambil keputusan untuk bersemuka dengan suaminya dan beliau memberikan kata dua kepada Dato’ Sri Timmy Thomas sambil menegaskan bahawa beliau mahu masalah yg di cipta sendiri suaminya di selesaikan dan menamatkan hubungan beliau dengan gadis itu. Datin Sri Angie mengambil langkah yang bijak apabila membuat perjanjian bertulis bersama suaminya bahawa sekiranya perkara yang sama berulang, suaminya dikehendaki menceraikan beliau dan segala harta sepencarian akan di bahagi 2 dan bagi Datin sri Angie, ianya adalah demi untuk menjaga kebajikan Datin Sri Angie dan keluarganya yang telah sekian lama beliau berkorban dan pertahankan dan pada masa yang sama bagi memberikan pengajaran kepada suaminya.

PAK WAN